CARA UNTUK MENARIK JEMAAH UNTUK KE MASJID

 





BAGAIMANA CARA UNTUK PIKAT JEMAAH KE MASJID?

         Assalammualaikum. Terlebih dahulu, kami wakil pelajar POLITEKNIK KOTA BHARU mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN kepada warga blogger. Kami yang terdiri daripada empat orang di beri tugas untuk mengkaji "cara untuk  menarik jemaah untuk ke masjid". Okay, sebelum itu kita perlulah tahu ape itu masjid dan kepentingan masjid. 

APA ITU MASJID? 

             Masjid (مسجد) ialah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud.Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.

 

          Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau musala.

 

         Ada 3 buah masjid utama yang dimuliakan umat Islam iaitu Masjidil Haram di Makkah - tempat Ka'bah, kiblat solat umat Islam, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Al-Quds (Jerusalem), Palestin. Di Malaysia, pembahagian tempat beribadat dibahagikan kepada beberapa pecahan iaitu Masjid Negara, Masjid Negeri, Masjid Daerah, Masjid Qaryah dan Surau.

CARA UNTUK MENARIK JEMAAH UNTUK KE MASJID 

        Daripada petikan di atas, kami telah menerangkan apa itu "Masjid". Pada zaman eraglobalisasi ini, kebanyakan masjid adalah sunyi dan hanya di kunjungi oleh orang-orang tua. Hal ini demikian kerana, kebanyakkan masyarakat zaman sekarang sibuk dalam kehidupan duniawi. Contohnya sibuk dalam pekerjaan, terpengaruh dengan gajet dan sebgainya. Kurangnya aktiviti di masjid juga merupakan salah tu  punca masyarakat kurang mengunjungi masjid sedangkan masjid merupakan rumah ibadat. Persoaalannya, apakah cara unntuk menarik jemaah untuk ke masjid ?

      Antara cara untuk menarik jemaah untuk ke masjid ialah mengadakan majlis ilmu di masjid. Majlis ilmu merupakan aktiviti yang sering di tayangkan di media sosial dan media masa malah aktiviti ini sudah di lakukan sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Ahli Jawatan Kuasa masjid boleh menjemput penceramah dari luar yang terkenal seperti Dato' Ustaz Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Syamsul Debat dan sebagainya. Hal ini bukan sahaja dapat menarik jemaah untuk ke masjid malah mengimarahkan suasana majlis. Aktiviti majlis ilmu seperti  Ceramah  Kisah Nabi, Tazkirah Malam Jumaat dan sebagainya. Oleh itu, benarlah bahawa mengadakan majlis ilmu merupakan salah satu cara untuk menarik jemmah untuk ke masjid.

       Selain itu, mengadakan aktiviti gotong royong di masjid juga merupakan salah satu cara untuk menarik jemaah untuk ke masjid. Sebagaimana yang kita ketahui, aktivi gotong royong sudah popular sejak dahulu lagi. Bahkan aktiviti ini juga di tekankan oleh Kementerian Pendidikan untuk  para pelajar supaya dapat memahami nilai murni yang terdapat dalam aktiviti gotong-royong serta dapat melatih pelajar supaya menjaga kebersihan diri dan sekeliling. Dalam konteks ini, megadakan aktiviti gotong-royong memerlukan tenaga-tenaga yang kuat. Jadi kita perlu menarik lebih ramai anak muda supaya lebih memudahkan aktiviti ini. Kesannya, mereka akan melahirkan rasa sayang akan masjid serta dapat menjaga kebersihan masjid. Sudah terang lagi bersuluh bahawa mengadakan aktiviti gotong royong di masjid merupakan salah satu cara untuk menarik jemaah untuk ke masjid.

      Seterusnya, mengadakan kelas amali solat bagi golongan anak-anak muda pada setiap minggu merupakan salah satu cara untuk menarik jemaah ke masjid. Dalam konteks ini, kelas amali solat bagi golongan anak-anak muda sudah aktif sejak zaman dahulu lagi tetapi pada zaman sekarang kurang mendapat sambutan oleh golongan anak-anak muda. Hal ini kerana, anak muda zaman sekarang terdedah  dengan dunia alam maya. Mereka lebih menyukai bemain permainan online, melayari internet malah ada juga segelintir anak muda yang sudah terdedah dengan "cinta monyet". Kesanya mereka banyak terdedah dengan perkara negatif. Oleh itu, ibubapa perlu bertanggungjawab dalam menangani masalah ini serta perlu menyokong aktiviti yang di lakukan di masjid dengan menghantar anak-anak untuk menyertai kelas amali solat yang di adakan. Kesan anak-anak muda sekiranya menyertai kelas amali solat ialah dalam memupuk minat terhadap solat, dapat menarik lebih ramai para jemaah dan sebagainya. Kesimpulannya, mengadakan kelas amali solat bagi golongan anak-anak muda pada setiap minggu merupakan salah satu cara untuk menarik jemaah ke masjid.

 Kemudahan lain berbentuk khidmat kaunseling yang disediakan di masjid secara sukarela atau berbayar turut menarik minat golongan remaja. Sebahagian besar remaja yang bermasalah cuba mencari penyelesaian atau keluar daripada belenggu kesusahan dengan cara ingin cuba berkongsi rasa dengan mereka yang dipercayai tetapi mereka sering kali pula tersilap membuat pilihan.

Mengimarahkan masjid juga mempunyai kelebihan berdasarkan ayat Al-Quran firman Allah SWT 

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ .  Yang bermaksud, Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah. (Surah At-Taubah: 18). Dala,m konteks ini, mengimarahkan suasana masjid diberi keberkatan dalam hidup malah dapat beriman kepada Allah SWT. Oleh itu pihak pengurusan masjid perlulah mengadakan ceramah mengenai ayat Al Quran tersebut dengan menjemput penceramah luar supaya dapat menarik lebih ramai makmum.

    Setelah menelitii dan mengkaji sehingga ke akar umbi, kami bersetuju dengan pendapat yang menyatakan mengadakan majlis ilmu, mengadakan gotong royong serta  mengadakan kelas amali solat merupakan cara-cara untuk menarik jemaah untuk masjid. Justeru, kami berharap lebih ramai golongan muda untuk solat  berjaemaah di masjid serta mengimarahkan suasana masjid. Akhir kata , kami berharap ilmu yang kami kongsikan ini dapat di gunakan dari generasi ke generasi yang lain. Sekian Terima Kasih.

Teks ini di sediakan oleh :

Muhamad Izudin Bin Osman

Nik Mohamad Hazim bin Abdul Basir

Muhammad Anas Hussaini bin Jeffrizal

Ahmad Aqil Iffat bin Ahmad

 Sumber :

 

internet : https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/kisah-unik-3-buah-masjid-tarik-minat-jemaah/

                      :  http://beliasrijara.blogspot.com/2010/04/menarik-golongan-remaja-ke-masjid.htm

            : petikan dari Al Quran

                     :  https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3085

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini