PENGENALAN :-
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan seperti pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan di kira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Terdapat pelbagai jenis sukan dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang dan keinginan manusia sama ada sebagai penonton.Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Malaysia merupakan negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Secara amnya, rakyat Malaysia mengamalkan sukan dalam kehidupan harian masing-masing terutamanya pada waktu petang. Tujuan mereka melakukan aktiviti tersebut bukan sahaja dapat menyihatkan badan malah adalah untuk mengeratkan hubungan perpaduan kaum antara satu sama lain. Contohnya, orang Cina bermain sepak takraw dengan orang Melayu ataupun orang Melayu bermain bola keranjang dengan orang Cina. Kerajaan Malaysia juga mengadakan Hari Sukan Malaysia untuk memberi peluang kepada semua golongan daripada muda ke tua yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk menyertai aktiviti sukan malah meningkatkan perpaduan kaum.
ISI & KETERANGAN
- sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa.
- sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing & tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang dan struktur tadbir urus yang berbeza.
- sukan di peringkat masyarakat menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan tahap komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.
- menggalakkan penyertaan aktiviti sukan yang lebih luas di semua peringkat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berdisplin dan bersatu padu
- pertandingan sukan di peringkat antarabangsa seperti Bola Sepak Piala Dunia juga dapat meningkatkan perpaduan di antara semua negara yang terlibat dalam sukan tersebut sejurus dapat melahirkan rakyat yang bersatu padu
- Contoh-contoh yang dapat di sertai oleh khalayak ramai ialah marathon, marathon berbasikal, bola sepak, senam robik dan lain-lain.
Ulasan
Catat Ulasan