CARA UNTUK MENARIK JEMAAH UNTUK KE MASJID
BAGAIMANA CARA UNTUK PIKAT JEMAAH KE MASJID? Assalammualaikum. Terlebih dahulu, kami wakil pelajar POLITEKNIK KOTA BHARU mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN kepada warga blogger. Kami yang terdiri daripada empat orang di beri tugas untuk mengkaji "cara untuk menarik jemaah untuk ke masjid". Okay, sebelum itu kita perlulah tahu ape itu masjid dan kepentingan masjid. APA ITU MASJID? Masjid (مسجد) ialah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam . Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan , muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam . Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud. Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam